SEJARAH

SEJARAH SEKOLAH

 

SK Kota Aur dibina di atas sebuah tanah milik Yayasan Tunku Abdul Rahman dengan keluasan 4.5 hektar. Sekolah ini mula dibina pada bulan Februari 2000 setelah Kementerian Pendidikan mengeluarkan tender pada  bulan November 1997.

Syarikat’Indera Construction’ telah diberi kepercayaan untuk membina sekolah ini dengan menelan belanja berjumlah RM6,335,190.00.Pembinaannya bermula pada 01.01.2001 tetapi  pada tarikh tersebut  hanya siap separuh jalan.

Justeru itu, Syarikat ‘Safaha Construction’ telah diberi tanggugjawab sebagai kontraktor penyelamat dengan kos pembinaan semula yang menelan belanja berjumlah RM6,508,065.00.     Projek ini adalah di bawah pengawasan Syarikat Urusbudi Sendirian Berhad yang beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor

Syarikat ‘Safaha Construction’ akhirnya telah berjaya menyempurnakan pembinaan sekolah ini pada bulan Disember 2002 dan penyerahan bangunan telah disempurnakan pada bulan Februari 2003 oleh syarikat ini kepada Kementerian Pelajaran.

Setelah semua perancangan selesai,Sekolah Kebangsaan Kota Aur mula beroperasi pada 16 April 2003, dengan  bilangan murid seramai 150 orang. Semuanya dari SK Ampang Muda.

SK Kota Aur telah mengalami satu fasa pembaikan struktur bangunan secara besar-besaran akibat daripada beberapa masalah struktur bangunan yang agak kritikal pada tahun 2009. Kementerian telah memberi kepercayaan kepada Syarikat Pembangunan Mesra bagi melaksanakan tugas ini. Dengan kos RM 5.4 juta, kerja-kerja pembaikan selesai dengan jayanya pada bulan Januari 2010. Kini fizikal SK Kota Aur telah mengalami satu transformasi yang amat drastik dan ceria.

Pn. Hendun bt Yusoff, GTT Pentadbiran telah menjalankan tugas Guru Besar sehingga 16 Jun 2003. Pada tanggal tarikh tersebut, En. Mohd Saad Hj. Hashim melaporkan diri Sebagai Guru Besar  pertama. Dan kini, En. Sah Nun Bin Ahmad bertugas sebagai Guru Besar SK Kota Aur .

2 thoughts on “SEJARAH”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

ILMU JANA KECEMERLANGAN

%d bloggers like this: