9 CABARAN

Bagi memenuhi hasrat murni Wisi dan Misi Sekolah Kebangsaan Kota Aur, berikut ialah 9 cabaran utama iaitu untuk mewujudkan warga sekolah yang mempunyai ;

CABARAN 1.     Budaya Cemerlang

Mempunyai cara berfikir, cara bertindak dan sikap pada tahap yang sangat baik.Berusaha mencapai tahap cemerlang dan dihormati dalam pelbagai bidang.

CABARAN   2.      Budaya Ilmu

Beriltizam mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa berkeinginanuntuk mengamalkan, meningkatkan dan membina ilmu pengetahuan.

CABARAN   3.      Budaya Kepimpinan

Bersemangat dan mempunyai ciri-ciri untuk memimpin, berani, yakin,tegas,berketrampilan,  bertanggungjawab dan berwibawa.

CABARAN   4.      Budaya Penyayang

Mempunyai perasaan prihatin, empati, hormat-menghormati, muafakat,saling tolong-menolong dan menghargai sesama manusia dan alam semulajadi.

CABARAN   5.      Budaya Menghargai Masa

Sentiasa menepati masa dan mempergunakannya secara berkesan dan berfaedah.

CABARAN   6.      Budaya Adab Susila

Mempunyai adab, berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati orang yang lebih berumur, patuh terhadap ajaran agama serta berupaya membina sahsiah diri yang disenangi ramai.

CABARAN   7.      Budaya Sihat

Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal, mental dan spiritual, cergas dan aktif,  menghindari gejala negatif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

CABARAN   8.      Budaya Saintifik

Mempunyai keinginan meneroka, mereka cipta, menghargai dan menjiwai dunia sains dan teknologi sebagai suatu elemen penting dalam  cabaran teknologi maklumat komunikasi serta kemajuan teknologi .

CABARAN   9.      Budaya Estetik

Menghayati seni dan keindahan sebagai pelengkap emosi diri.Mempercayai bahawa keindahan (estetika) dan seni dapat membantu meningkatkan prestasi belajar dan mempelajari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

ILMU JANA KECEMERLANGAN

%d bloggers like this: